FALSAFAH SEKOLAH DAN ETIKA KERJA

FALSAFAH SEKOLAH
SUKSES, KOMITED, DINAMIS


MATLAMAT SEKOLAH

·         Mempastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang
      akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan
      Negara.
·         Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Dulang.
·         Memperkukuhkan bidang kurikulum agar selari dengan kehendak
      dan keperluan Negara.
  • Mempertingkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan
      pengurusan dan pendidikan di sekolah.

VISI SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan Dulang menjadi sekolah yang terbaik  
di peringkat Daerah Kuala Muda/Yan
pada Tahun 2012


MISI SEKOLAH

Warga Sekolah Kebangsaan Dulang berazam untuk:

·         Memantapkan pengurusan dan ketrampilan pendidik.
·         Mempertingkatkan prestasi akademik murid dari segi kualiti dan kuantiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
·         Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum.
·         Melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berhemah tinggi.
·         Mewujudkan keindahan, keceriaan dan suasana selamat untuk menjamin keselesaan murid.
·         Melahirkan pelajar yang berdaya saing.
·         Menjalin hubungan yang mesra antara guru, ibubapa dan masyarakat sekeliling.


 ETIKA KERJA


·       CEPAT



·       TEPAT



·       CERGAS




·       TEGAS



·       CERIA

 PIAGAM PELANGGAN

Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Dulang dengan penuh tekad berazam akan:-


  • Melaksanakan pengurusan pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu dan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kepada setiap pelanggan kami.

  • Berusaha sedaya upaya menggunakan segala kemudahan yang ada bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan dan masyarakat
ke arah kecemerlangan insan.

  • Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan diantara guru-guru dengan masyarakat luar sekolah serta sentiasa meninggikan martabat dan etika profesien keguruan.


  • MURID

-Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
-Mempastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran mengikut 
 jadual waktu yang ditetapkan.
-Mempastikan semua kerja rumah murid akan disemak dengan teliti dalam 
 jangkamasa satu minggu selepas diberi.

  • IBU BAPA DAN PELAWAT

- Mempastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan
  Dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
- Mempastikan segala aduan daripada ibu bapa / penjaga mendapat perhatian
            dan tindakan segera.

  • GURU DAN STAFF

- Mempastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut
  opsyendan perjawatan.
- Mempastikan setiap guru dan staff mendapat peluang latihan untuk  --
- meningkatkan kemahiran sekurang-Kurangnya tujuh hari setahun.
- Mempastikan guru dan staf baru menerima gaji pertama dalam tempoh tiga
  bulan.
- Mempastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang



  • STAKEHOLDER

- Mempastikan laporan dihantar ke KPM,JPN,PPD sebelum atau mengikut masa
  yang ditetapkan.
          - Mempastikan hubungan komunikasi dengan KPM,JPN,PPD ditahap yan
   terbaik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan